Cerita Hantu Bota

Apa yang menarik hari ini adalah entri cerita dongeng. Penat saya berjalan-jalan di alam maya hari ini menemukan saya dengan sebuah mitos asal usul kampung saya sendiri iaitu Bota Kanan, Perak Darul Ridzuan. Buku yang bertajuk ” 366 : A Collection of  Malaysian Folk Tales” ditulis oleh Othman Puteh dan Aripin Said menceritakan 366 cerita dongeng melayu yang sangat menarik.

Cerita ini mengisahkan tentang satu makhluk yang sangat pelik dan besar yang diberi nama Hantu Bota. Oleh kerana sangat besar dan mempunyai kaki yang panjang, apabila Hantu Bota berdiri sebelah kakinya di tebing kiri sungai dan sebelah lagi kakinya berada di tebing kanan sungai. Pada suatu hari Hantu Bota jatuh sakit lalu mati. Sejak dari itu penduduk kampung menamakan kedua-dua tebing sungai itu Bota Kanan dan Bota Kiri.

Mengenangkan kampung halaman, rindu mula menjengah di sanubari. Menggambarkan teratak nenda saya yang berhadapan dengan masjid dan di situlah saya membesar, melalui zaman kanak-kanak yang sukar untuk dilupakan. Segala pahit, manis, suka dan duka kehidupan menjadi satu pengalaman dan kenangan yang tidak akan luput dalam ingatan. Masih segar lagi ingatan saya pada seorang teman rapat yang dahulunya tinggal di kawasan ternakan tuntung dan hampir setiap hari saya mengunjunginya, menghabiskan waktu petang kami bersama. Apa yang terkenal di Bota adalah Pusat Ternakan Tuntung yang menjadi perhatian masyarakat luar yang berkunjung disini.

Pekan Bota Kanan

 Pekan Bota Kanan

Masjid

 Masjid Jamek Bota Kanan

 

http://tanah.perak.gov.my/pdtseriiskandar/index.php?bhg=pelancongan&isi=ptarikan&id=93

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: